Sunday, November 13, 2011

bersangka baik...

salam buat semua....


ase macam lama je x menulis... skrg nie quite penat...balik keje dah penat, mmg balik ase nk terus tido je...huh.. tp apa2 pun tulis tetp walaupun lama x menulis...

so ari nie smiley nk berkongsi satu cerita yg br smiley baca di internet ... "hati tetap sama"


apakah itu?so mari membaca... :-)


Kadangkala kita mengidamkan sesuatu berlaku, tetapi yang lain pula yang terjadi. Sebaliknya, ada yang kita tidak inginkan sama sekali, tetapi itu pula yang berlaku. Apabila berlaku demikian hati kita pasti terusik. Sesal, kesal, marah dan kekadang sangat kecewa.


Begitulah juga dengan hidup ini. Hidup ini satu ujian. Tidak semua yang kita idamkan dapat dikecapi. Yang kaya, kadangkala tidak sihat. Yang ternama, dimusuhi orang. Yang sihat, terputus pula kasih-sayang. Inilah buktinya kita masih dan terus kekal sebagai hamba Allah.Apa yang Allah tentukan kadangkala kelihatan negatif pada kita, tetapi lama kelamaan kelihatan positif pula... Itulah yang dikatakan tadi, apa yang kita sangka buruk kadangkala baik untuk kita. Begitu juga sebaliknya. Katalah, kita ingin berjaya, tiba-tiba gagal. Bukan tidak berusaha... Kita sudahpun berusaha, tapi gagal juga.


Apa perlu dibuat lagi?


Sebaiknya kita terima kegagalan itu, kita kaji sebabnya, kemudian kita berusaha lagi. Rupanya dengan sebab itu, Allah beri kita kejayaan yang lebih besar lagi. Contohnya kita blh lihat dalam kehidupan seharian. sebagai seorang pelajar mahupun yg sudah bekerja... kadang2 kita diberi task..tambah2 lagi task itu agak rumit n kita smpi berputus asa untuk selesaikan ye..adakah itu akan berterusan. kegagalan itu x akan berterusn jika kita berusaha
akhirnya beberapa tahun kemudian kita akan berjaya..


so kita harus bersangka baik kepada NYA kerana disebalik apa yg berlaku pasti ada hikmahye..


No comments:

Post a Comment

apa2 ajela..