Wednesday, March 9, 2011

Jangan bersedih, sesungguhnya Allah bersama kita.

Apabila kita asyik duduk termenung memikirkan nasib diri di sini.
Merenung jauh mereka di sana hidup penuh keseronokkan dan kegembiraan..
Namun kita tak sedar tentang hakikat erti kebahagiaan yang sebenar- benarnya.

Ramai orang tersalah sangka maksud ketenangan dalam hidupnya.
Selalu orang megaitkan ketenangan itu dengan faktor harta, faktor kekayaan
Walaupun itu boleh menjadi penyumbang tetapi itu bukan segala-galanya.

Betapa ramai orang yang berada dalam rumah yang besar..
tidur diatas katil yang empuk tetapi dia tidak enak atau pun lenanya tidak nyenyak
Bahkan ada orang yg tidur di pondok buruk, kadang2 dia lebih lena berbanding kita.
Ada orang yang berada dihadapannya hidangan yang hebat, lauk pauk yang bagus
tetapi lidahnya tidak enak, lebih enak lagi orang yang makan kadang2 dengan satu dua mata
lauk tetapi dia lebih sedpa dan selesa makannya

Kata Hamka, lihatlah bagaimana Allah membahagi-bahagikan nikmat.
Semua orang sangka kalau orang itu ada rumah besar, ada makann yang sedap tentu hidupnya
bahagia dan tenang.....
Tiada siapa yang mampu menghalang ketetapan Allah S.W.T

Jika Allah hendak memberikan kebahagiaan kepada seseorang,
dia tidak boleh ditahan oleh apa2 tangan sekalipun
Jika Allah menghalang kebahagiaan kepada seseorg,
dia tidak boleh dihulur oleh ape2 tangan sekalipun
Jika Allah uruskan urusan kita dan Allah tidak serahkan diri kita kepada kita walaupun sekelip
mata, dunia boleh berbuat apa2 tetapii mereka tidak boleh mencabar kebesaran Allah
Jika Allah mengatur untuk kita apa yang orang sangka tewas,
kita akan melihat kemenagan dari sisi Allah.
Apa yang orang rasa rugi, Allah akan memberikan keuntungan yang mana jalan2 manusia tak
sangka tetapi Allah boleh mewujudkan keajaiban dalam khidupan


Apabila kita asyik megeluh setiap kali ditimpa musibah..
Cuba kita tgk dunia ni..
Bila kita hilang sesuatu, kadang2 dia hilang segala-galanya
Berapa banyak dalam hidup kita ni yang kita melalui keperitan hidup?
Cuba kita fikirkan..


Bila kita ditimpa musibah, kita rasa tidak dpat keluar daripadanya
Tapi hari ini Allah membantu kita berada dalam keadaan yang baik
Kadang2 apabila kita susah, kita akan memohon padanya.
tapi apabila kita senang, kita lupa untuk bersyukur kepadanya.

{ Amalkan surah Hud ayat 56 (doa ditimpa musibah, amalkan setiap kali lepas solat)}


Apabila insan melihat dunia daripada sudut akhirat,dia akan merasakn dunia ini sangat kecil, kehidupan ini sangat luas

Allah bawa pada hari akhirat manusia yang paling derita dalam dunia ini,Allah ambil dia dan masukkan dia didalam syurgaKemudian dia dikeluarkan. Lalu ditanyakan kepada manusia itu." Pernahkah kau rasa derita dlam hidup?"Dia berkata "tidak".Hanya kerana masuk sekelip mata didalm syurga, dia lupa segala cerita derita yang berlaku.

Allah ambil pula manusia Yang paling nikmat dalam hidup iniSegala yang nikmat Allah masukkan dia kedalam neraka, lalu dikeluarkannya dan dityakan.."Pernahkah kamu rasa nikmat didalam hidup".Dia berkata "tidak"..

(RIWAYAT IMAM MUSLIM )


Kita selalu nk bersyukur kalau diberi benda yang baru dan lupa bahawa apa yg ada pda kita satu nikmat yang besar.

Satu hamba ALLAH yang patah kakinya yang dahulunya tidak pernah teringt akan nikmatnya
dikurniakan kaki. Satu hari ALLah uji hambanya yang satu hari kakinya sakit. Dia berkata " Ya Allah bagilah kakiku, sembuhkan lah ia balik". Dari itu dia tahu besarnya nikmat kaki, nikmat sihat.

Bukan salah mengharapkan sesuatu yang belum ada tetapi jangan lupa yang telah ada...Bersyukurlah dengan apa kita ada skrg ini.


"Dan Dia telah memberikan kepadamu segala apa yang kamu mohonkan kepada-Nya. Dan jika kamu meghitung nikmat Allah, nescaya kamu tidak akan mampu menghitungnya. Sungguh, manusia itu sangat zalim dan sangat mengingkari (nikmat Allah)"


{Surah Ibrahim (14):34 }


Kadang2 kita tak sedar apa yang Allah kurnia kepada kita sebernanya lebih darpda harapan kita sebenar..Fikirkanlah..




By smileyalways

(sekadar perkongsian)

No comments:

Post a Comment

apa2 ajela..