Thursday, October 28, 2010

Dia takdirmu di syurga

salam buat semua...

hurmm...smiley bru abis satu paper n final presentation...alhamdulillah semua berjalan lancar...
so skrg menghitung hari tuk menduduki paper last tuk menghabiskan study nie,,,, insyallag boleh..

arinie smiley nk berkongsi cerita ttg jodoh... sbrya apa yg dikatakan jodoh...aseye semua dah tau kot..he3..Jodoh, adalah hal berkaitan dengan fitrah, mahu tidak mahu setiap daripada kita pasti dipaksa bergelumang meredah mehnah, suka duka, jerih perih sebelum bahagia dalam rumahtangga direalitikan.

Manusia tidak selama-lama akan kebal, pasti ada satu saat dia akan tunduk, jatuh. Oleh kerana itu, Islam mengajar agar kita tidak sombong untuk belajar daripada alam, pengalaman, sirah buat pendinding kalis kecewa, sengsara.

Kita kian tenang dalam damai ketika mencari cinta Ilahi nan abadi.Kita mesti selalu jadi baik, agar yang baik juga Allah Taala jodohkan untuk kita. Cinta yang dicari baik, tetapi cinta yang ditemui lebih baik lagi.

Kadangkala kita terlalu mengharap sesuatu yang ideal sehingga kita terlepas pandang dengan segala kebaikan yang ada pada pasangan di depan mata, hingga kita cuba membandingkan dengan insan lain.

Salah kita juga, dulu bercinta bagaikan hilang waras manusia normal, bibir hanya berbicara kebaikan pasangan sahaja, memuji kecantikan pasangan.Bila dah akad, pasti kebaikan juga diharapkan, namun panas tidak selalu sampai ke petang, bila ada step tersilap, maka mulalah persoalkan ini dan itu.

jgn la bercinta hanya kerana paras rupa..kecantikan takkan berkekalan..mcm mn nnti klu pasangan kita dah tua, segala kecantikan akan lenyap.Adakah itu bermaksud cinta akan berakhir smpi situ...

So berhati2 la dlm memilih pasangan. Apa2 pun jodoh itu Allah yg tentukan. kita hanya berusaha tuk memilih pasangan kita..wallaualam..


No comments:

Post a Comment

apa2 ajela..